Strategi PAS Letak 2 Calon MB Mula Dibahas...

Tindakan pantas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘memadamkan’ semula satu nama yang dicalonkan PAS, Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali untuk memastikan Pakatan Rakyat (PR) hanya menghantar satu calon tunggal, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor mula dibahas di peringkat akar umbi pakatan pembangkang itu.

Azmin dilaporkan Mstar berkata beliau akur dengan arahan parti.

“Saya cukup hargai dan berterima kasih kepada Abdul Hadi (Presiden PAS) yang mencalonkan saya sebagai calon menteri besar selain Dr Wan Azizah.

“Selaku timbalan presiden, saya patuh kepada keputusan yang dibuat oleh parti untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar yang baharu melalui akuan bersumpah yang dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Selangor sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Ahad

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika membacakan keputusan Mesyuarat PAS Pusat menyebut pihak partinya bersetuju untuk mencalonkan dua nama; Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir mempengerusikan Mesyuarat PAS pusat, namun beliau tidak hadir menjadi jurucakap untuk mengumumkan keputusan parti itu kepada pihak media.

Ketidakhadiran Abdul Hadi dalam sidang media itu juga turut menimbulkan satu persoalan.

Mohamad Sabu yang dikenali sebagai Mat Sabu, selepas bermesyuarat dengan PAS, kemudiannya bergegas ke sebuah hotel di Subang Jaya untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dipengerusikan Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana