Semakin Kalut Politik PKR!!!!! Bawa Pada SPRM, Khalid Cabar PKR

Kuala Lumpur – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini telah mencabar rakan rakan partinya dari PKR untuk melapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika benar benar yakin dengan dakwaan mereka terhadapnya.

“Saya memandang serius dakwaan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang dilemparkan kepada saya”.

“Saya menafikan dakwaan ini sebagai tidak benar”.

“Jika Saifuddin yakin dia berada di pihak yang benar, maka beliau dan ahli ahli PKR yang lain yang yakin dengan perkara itu mereka harus melaporkannya kepada SPRM dan Bank Negara, serta mendedahkan segala bukti yang mereka ada untuk menyokong dakwaan mereka tentang dakwaan salah laku itu,” kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin hari ini telah berkata bahawa salah satu sebab PKR mahu menggantikan Khalid ialah kerana didapati integriti beliau telah “diragui” berikut isu penyelesaian di luar mahkamah pinjaman dengan Bank Islam yang bernilai RM66 juta.

Khalid memberi jawapan balas berikutan desakan Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang yang mempersoalkan mengapa PKR tidak membuat laporan dengan SPRM atas dakwaan Saifuddin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana