Rombakan Kecil UMNO Terengganu

UMNO Terengganu melakukan rombakan kecil dalam barisan kepimpinannya dalam usaha memperkasakan jentera parti dan juga mengekalkan negeri ini kepada Barisan Nasional (BN).

Rombakan di peringkat kepimpinan UMNO negeri itu melibatkan jawatan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan yang menyaksikan dua ADUN dilantik ke jawatan tersebut.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Dataran Permata, Seberang Takir hari ini.

ADUN Jertih yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof dilantik sebagai Setiausaha bagi menggantikan Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Bendahari UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Mohd Nasir Yusof dilantik ke jawatan Bendahari menggantikan Nik Dir Nik Wan Ku.

Di bawah rombakan itu juga, Dato' Abdul Rahman Bakar digugurkan dari jawatan Ketua Penerangan dan digantikan dengan ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari kekal sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Ahmad Razif berkata, rombakan kecil itu telah dipersetujui Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Tun Razak.

"Rombakan ini diharap dapat memperkukuhkan jentera pentadbiran UMNO di peringkat negeri dalam usaha kita mengukuhkan kedudukan BN di Terengganu," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana