Pramugara MAS didakwa sentuh kemaluan penumpang warga Australia...Adusss Memalukan Lah

AUSTRALIA: Seorang warga Australia mendakwa seorang pramugara MAS mengurut kaki sebelum menyentuh kemaluannya tanpa izin semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris awal bulan ini.

Laura Bushney, 26, membuat laporan polis setibanya di ibu negara Perancis itu, menyebabkan pramugara berusia 56 tahun itu di tahan untuk soal siasat, menurut media Australia.

Bushney memberitahu demikian dalam wawancara dengan sebuah stesen telivisyen, menurut akhbar The West Australia.

Wanita itu mendakwa beliau merakamkan aksi nekad pramugara itu dengan telefon bimbitnya namun tidak menjerit atau meminta pertolongan kerana "kaku dalam panik."

Dalam rakaman itu, Bushney kedengaran berkata "dia sedang mengurut kaki saya. Saya begitu takut..rasa mahu keluar saja daripada pesawat ini."

Dalam wawancara itu, Bushney berkata beliau menangis apabila memikirkan kenapa dia tidak meminta pertolongan sesiapa.

"Berulang kali saya bertanya...kenapa saya tidak menjerit, kenapa saya tidak memberhentikannya. Saya mempunyai kekuatan diri, pasti saya mampu menghentikannya," beliau dipetik berkata.

Pramugara MAS itu didakwa mula mengurut Bushney selepas beliau meluahkan rasa cemas hati menaiki pesawat MAS susulan tragedi MH370 dan MH17.

Atas alasan untuk menenangkan beliau, Bushney mendakwa pramugara itu mula mengurut kaki sebelum suspek mencapai kemaluannya.

Penerbangan Malaysia mengesahkan pramugara itu kini dalam siasatan pihak berkuasa Perancis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana