PKR DIMOMOK, DIINJAK-INJAK & DIBULI PAS !

Lawak pula 'pendedahan' PKR Terengganu kerana PRU-13 sudah lebih satu tahun tetapi baru hari ini mereka bersuara tanda tidak puas hati.

Terengganu mendedahkan parti itu sering dibuli PAS negeri dalam perebutan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mac tahun lalu.
Wakilnya PKR Terengganu Azlan Che Mat berkata, mereka bukan saja dibuli Umno tetapi dipermainkan rakan parti Pakatan Rakyat (PR) sendiri sehingga menyebabkan mereka menangis.
"Kami dimomok, diinjak-injak.
"Tak tahulah saudara pengerusi perhubungan saya (Azan Ismail) macam mana, dia ada perasaan atau tidak.
"Walaupun kita diinjak-injak oleh parti Umno yang kita cukup sedih cukup menangis, kita diinjak-injak rakan kita PAS Terengganu," katanya ketika berucap di Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini. – 23 Ogos, 2014
Apakah rungutan mereka tidak dipeduli oleh kepimpinan tertinggi PKR yang lebih seronok berebut jawatan MB Selangor?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana