Perintah berkurung di Sabah dilanjutkan lagi...

Di atas kertas ia sepatutnya berakhir semalam, Sabtu, 2 Ogos, selepas dikuatkuasakan sejak 17 Julai lalu tapi bagi tujuan keselamatan dan menstabilkan keadaan perintah berkurung di Sabah dilanjutkan sehingga tempoh yang akan ditentukan kelak.
Perintah berkurung yang dilaksanakan berikutan kejadian penculikan pelancong asing dan rakyat Malaysia oleh penjenayah rentas sempadan itu membabitkan perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE)

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, berkata keputusan itu dibuat susulan perbincangan dengan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Katanya, penguatkuasaan itu tetap membabitkan larangan bagi aktiviti perkapalan, menangkap ikan dan menyelam di perairan enam daerah terbabit iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kanak, Semporna dan Tawau.

Ia dikuatkuasakan mulai jam 6 petang hingga 6 pagi.

Perintah berkurung itu sebelum ini dilaksanakan selama dua minggu sejak 19 Julai lalu dan berakhir jam 6 pagi tadi.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan perintah berkurung pada waktu-waktu tertentu itu bagi melindungi dan mengukuhkan tahap keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah.

Perintah berkurung itu adalah antara tujuh langkah drastik yang akan dilaksanakan kerajaan dalam tempoh 48 jam ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak yang tidak mematuhi arahan perintah berkurung akan ditangkap mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL