PAS TERSUNGKUR LAGI ....... Memang sudah diduga PAS akan akur dengan kehendak Anwar.

Alasan tidak memberikan sokongan kepada Khalid Ibrahim kerana Khalid bukan ahli PKR hanyalah putarbelit semata-mata. 2 pilihan calin Menteri Besar iaitu Azizah dan Azmin hanyalah untuk menunjukkan keterbukaan mereka.

Azmin hanyalah tempelan sahaja. Hakikatnya yang sebenar PAS menyokong Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor. Azmin hanyalah anak didik Anwar yang pastinya tidak akan berani berkokok kepada Anwar.

Bagaimana dengan keputusan Majlis Syura yang dianggotai oleh para ulama2 PAS yang tetap mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor? Bagaimana dengan Presiden PAS? Kata-kata dan keputusan mereka sudah tidak bernilai lagi. Mereka sudah tidak punya kuasa dan maruah lagi.
Pastinya kuasa baru dalam PAS sudah mula menunjukkan taring sebenar. Gerombolan Anwarinas sudah menguasai PAS. Ulama dan bijak pandai agama sudah minoriti.

Adakah PAS masih memperjuangkan Islam? Mungkinkah PAS sudah beralih arah perjuangan mempejuangkan keluarga Anwar? Mungkin ada ganjaran besar disebalik memberikan sokongan kepada Azizah atau hilang segalanya jika Khalid membubarkan DUN Selangor?
Nantikan kesudahannya .......

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana