PAS Terengganu mahu dua ADUN PAS Selangor belot dipecat

PAS Terengganu menggesa PAS Pusat agar mengambil tindakan tegas terhadap dua orang wakil rakyat (ADUN) PAS Selangor yang belot sehingga sanggup meleburkan kepercayaan dan amanah yang diberikan.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat menganggap tindakan dua ADUN itu tergesa-gesa serta hilang pertimbangan, sehingga mendahului Presiden PAS, membelakangi kepimpinan serta seluruh ahli PAS.

"Kami mencadangkan agar dua ADUn tersebut dipecat keahliannya dari parti, agar ia menjadi pengajaran pada masa akan datang, bahawa tarbiyah PAS tidak mengajar mana-mana ahli melakukan tindakan khianat dan sabotaj,"katanya dalam satu kenyataan media malam Ahad.

Rabu lalu, ADUN Hulu Klang Saari SUngip dan ADUN Morib Hasnul Baharudin melanggar arahan PAS agar menyokong Tan Sri ABdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Mereka berdua hadir dalam satu sidang media di Subang bersama ADUN DAP dan PKR yang menyokong Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Satiful, pergolakan yang berlaku, memberi pengajaran yang besar kepada seluruh ahli parti untuk muhasabah diri dan membuat penilaian bahawa, mana-mana ahli dan pemimpin yang tersasar daripada ‘akhlak berjamaah’, tidak layak diberi amanah dan dilantik menjadi pemimpin kepada ‘Harakah Islamiyah’ yang besar ini pada masa yang akan datang.

"Kita mahu agar kepimpinan dalam PAS dapat disaring dan ditapis supaya sentiasa istiqamah, dengar dan taat dalam memikul agenda parti serta berdiri teguh bersama Presiden parti, dalam apa jua keadaan," kata beliau yang juga merupakan ADUN Paka Terengganu.

Sebelum ini, kedua-dua ADUN yang belot itu memberitahu media mereka bersedia berdepan sebarang tindakan dari PAS termasuk dipecat.

Tindakan dua ADUN itu telah membangkitkan kemarahan akar umbi PAS yang selama ini dikenali kerana taat kepada keputusan dan arahan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana