PAS sergap musuh dalam selimut melalui WhatsApp!

Dilema PAS selama ini yang lemas dengan tuduhan ada pihak luar cuba menguasai parti itu melalui “orang dalam” pimpinan PAS sendiri kini mula terungkai melalui pembocoran mesej Whats’app di kalangan pimpinan PAS sendiri.

Kali ini ejen kuasa politik luar PAS tersilap langkah. Kepetualangannya terdedah apabila ia cuba memporak-perandakan kepimpinan PAS dengan mensasarkan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki sebagai katalis pertelagahan dalam parti itu.

Sekelumit daripada perbincangan politik di kalangan ahli kumpulan WhatsApp pimpinan PAS dibocorkan dengan menukil perenggan yang kononnya mencadangkan PAS keluar Pakatan Rakyat dan “menaja” Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor dengan bantuan Umno.

Memang buruk sangat bunyi dan maksud salah satu syor Dr Zuhdi apabila dibaca di luar konteks perbincangan pimpinan PAS itu. Maka bertali aruslah kecaman yang dilemparkan kepada PAS oleh kerabatnya dalam Pakatan Rakyat.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menganggap syor Dr Zuhdi itu satu pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat. DAP pula menuduh PAS masih dirasuki oleh pemimpin yang bersikap rasis.

Malah di kalangan pimpinan PAS sendiri seperti Naib Presiden, Datuk Husam Musa menemplak “pemikiran” Dr Zuhdi itu yang dilabelnya tidak sehaluan dengan pemikiran arus perdana dalam pimpinan PAS.

Bergoncang seketika cermin perpaduan PAS. Kecenderungan untuk saling menuding jari di kalangan pemimpin pun bermula.

PAS anggap Langkah Kajang sebagai punca 

Mujur ramai pemimpin PAS yang beriman dan mampu mengawal perasaan. Pada setiap detik yang berlalu, kewarasan mula menguasai diri. Maka ditelusuri bagaimana ribut perpecahan itu boleh melanda kepimpinan PAS.

Apabila keladak politik dalam PAS mulai mendap, maka Dr Zuhdi dan pemimpin kanan PAS pun mulai dapat membaca siapa yang menjadi dalang kekecohan sementara itu.

“Saya tiada cita-cita politik yang tinggi seperti mana ahli politik, melainkan sekadar menyumbang fikiran supaya politik Malaysia membawa kepada keharmonian kaum dan persaingan demokrasi yang sihat.

“Saya melihat ‘Kajang Move’ sebagai langkah yang tidak menenuhi kehendak rakyat  Selangor yang mahukan orang politik yang diberi mandat berkuasa memberi khidmat kepada rakyat bukannya meletakkan jawatan sesuka hati dan boleh menurun-naikkan kepimpinan kerajaan negeri seperti mudahnya menukar pakaian,” kata Dr Zuhdi dalam entri terbaharunya dalam Facebook.

Kenyataan Dr Zuhdi itu menegaskan hakikat bahawa beliau ialah penentang tegar strategi “Langkah Kajang” yang dicernakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Maksud beliau ialah jelas. Pembocor sekelumit dialog forum WhatsApp di kalangan pimpinan PAS itu memang mahu Dr Zuhdi diaibkan sebagai pencetus idea kononnya dalam PAS  ada gerakan menentang semangat Pakatan Rakyat.

Si petualang mahu membina persepsi bahawa PAS masih belum “setia sepenuhnya” pada perjuangan Pakatan Rakyat kerana saf kepimpinanannya masih dipasung oleh sikap rasis dan curiga pada kerabat pakatan lain.

Sekaligus jurus politik ini ialah mahu menekan PAS supaya “melembutkan” sedikit pendirian PAS dalam isu perubahan kepimpinan dalam kerajaan negeri Selangor.

Umum maklum bahawa di penghujung Ramadan lalu, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisytiharkan pandangan peribadinya bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu diganti sebab beliau tidak melakukan dosa politik seperti terbabit skandal atau pecah amanah.

Pemikiran Haji Hadi mendapat sokongan luar biasa daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sebelum ini “amat mesra” dengan langkah-langkah politik yang disusun oleh PKR, terutama jika ia datang daripada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana