PAS Pun Tak Suka Dengan Zizah.....Sultan Mungkin Tidak Memihak Wan Azizah - PAS

PETALING JAYA: Kepimpinan PAS menolak cadangan melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar kerana merasakan Sultan Selangor tidak memihak kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Seorang pemimpin PAS berkata, isu berkenaan merupakan masalah pokok kepada kemelut di Selangor dan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada Ahad bertujuan mencari jalan penyelesaian.

"Faktor yang paling penting untuk sesiapa sahaja yang mahu menjadi Menteri Besar ialah beliau mesti mendapatkan perkenan Tuanku.

"Jika orang yang dicadangkan itu, kami percaya tidak diterima Tuanku...mengapa masih berkeras? Kami sudah maklumkan kepada mereka (PKR) tentang isu ini, tapi tetap berkeras, jadi bagaimana?" soal pemimpin berkenaan yang enggan dinamakan.

Selain itu beliau bagaimanapun menegaskan bahawa tidak ada isu untuk PAS menarik diri daripada Pakatan Rakyat (PR).

"Kami akan tetap bersama. Ini bukanlah satu perkara yang sukar untuk diselesaikan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL