"Pas Akui Kebolehan Khalid, Tiada Sebab Untuk Tukar MB" - NGO

SHAH ALAM 20 Ogos - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan gerakan bagi menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Antara NGO yang hadir bagi menyatakan sokongan itu ialah Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB), Gerakan Anak Bugis Selangor (GRABS), Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) dan beberapa lagi NGO wakili pelbagai golongan masyarakat.Menurut Pengerusi ARAS, Abdul Rahim Abdul Wahab, Pakatan Rakyat (PR) dan Selangor akan mengalami kerugin dan bakal berdepan dengan impak negatif jika Abdul Khalid ditolak.

“Setelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih (pada 2008), Khalid bawa banyak perubahan bukan saja dari segi material, tetapi lebih penting perubahan pendekatan politik.

“Dari pandangan saya, Khalid tak perlu diganti. Seharusnya beliau habiskan penggal ini sebagai menteri besar dan sediakan penggantinya selepas ini,” kata Abdul Rahim.

Tambahnya, PR perlu mengambil pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan mendatangkan manfaat kepada rakyat Selangor.

Sementara itu, Pengerusi Penaja GRABS, Faisal Idris berkata rakyat di negeri itu mempersoal mengapa Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang perlu ditukar.

“Saya tanya mengapa nak tukar pemimpin yang baik? PAS sendiri pun mengakui Abdul Khalid pemimpin yang baik.

“Ini pengkhianatan. Langkah Kajang bukan saja satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia tetapi negeri Selangor,” katanya.

Sehubungan itu, NGO yang hadir mengumumkan bakal mengadakan program antaranya himpunan aman, menghantar memorandum serta acara keagamaan sehingga malam merdeka bagi menyampaikan mesej kepada semua pihak, dari Istana hingga ke jalan raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana