Pas akan ambil tindakan tataterbit terhadap PU Shahul?

1.Hari ini PAS Pulau Pinang mengadakan satu sidang akbar mengenai isu Klip Video Pencermah bebas Ustaz Shahul Hamid yang di Perkatakan menghina agama hindu. sidang media turut dihadiri oleh MP Parit Buntar, Mujahid Rawa dan ketua penerangan PAS Negeri, Ustaz Rosidi Hussain di Masjid PERDA lewat tengah hari tadi.

2. klip video berkenaan telah dirakam lebih dari 4 5 tahun lepas akan tetapi menjadi isu hangat apabila diviralkan di media sosial facebook sejak akhir-akhir ini. Klip video yang telah disebarkan di media sosial Facebook itu antara lain mengandungi unsur hasutan, apabila Shahul didakwa berkata: “Jika anda pergi ke kilang berhampiran Permatang Pauh, iaitu Allagappas, anda akan melihat patung (dewi) di pintu masuk, dan lidah keluar. Mengapa lidah keluar? Kerana dewi mesti rasa semua serbuk kari sebelum mereka menjualnya.”

3. Semalam, Pemuda MIC mengadakan protes di Brickfields terhadap Shahul, di samping ahli-ahlinya membuat laporan polis berhubung isu itu.Sehingga kini, lebih 400 laporan polis telah dibuat terhadap Shahul.Satu klip video ucapan ceramah Shahul yang menyatakan orang Islam tidak membeli serbuk kari daripada “syarikat Hindu” seperti Allagappas dan Babas.

4.Shahul kemudiannya memohon maaf di laman Facebooknya semalam, selepas menyedari tindakannya itu mencetuskan satu isu besar dan menimbulkan rasa kurang senang penganut Hindu. Untuk sidang media tgh hari tadi, Ustaz Shahul memohon maaf secara terbuka untuk kali ke 2 di hadapan media.

5.Persoalannya kini adalah adakah kepimpinan PAS akan mengambil tindakan tatatertib keatas Ustaz Shahul? walaupun pada asasnya Ustaz Shahul sudah meminta maaf tetapi pokoknya ustaz Shahul telah pun membuat kesalahan. adakah PAS akan bekompromi mengenai isu ini? PAS akan dilihat double standard jika tidak mengambil tindakan.jika Ustad lotfi boleh diambil tindakan serta merta kenapa pula tidak ustaz Shahul?

Baca Lagi Sumber DI SINI

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana