Panasss!!!! Boleh Beli Jugak Ker....Pemimpin PAS Perak dakwa 2 Adun 'Dibeli' PKR Sokong Wan Azizah?

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pemimpin PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah mengecam tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang bertindak membelakangi keputusan parti dalam memberikan sokongan terhadap Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Malah beliau turut menggesa Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin meninggalkan parti dan menyertai PKR mahupun DAP kerana lebih mementingkan kedua-dua parti itu berbanding parti sendiri

"Saya rasa lebih baik 2 Adun PAS yang hadir beri sokongan kepada Azizah sebagai MB hantar sekali borang untuk masuk PKR atau DAP.

"Baru berbaloi untuk tidak hormat kepada parti sendiri," katanya menerusi laman facebook beliau.

Bekas Adun Titi Serong, Perak itu turut mempersoalkan keputusan mengejut kedua-dua pemimpin PAS Selangor itu yang dilihat mengambil ketetapan bercanggah dengan 13 Adun PAS yang lain.

Khalil juga mengeluarkan nada sinis menggambarkan Saari dan Hasnol dijanjikan ganjaran besar dari pihak PKR sehingga sanggup keluar dari PAS demi mempertahankan Wan Azizah.

"Kalau 13 orang lagi boleh bersabar dan ikut arahan parti kenapa kamu berdua sudah membelakangi parti sendiri?

"Atau ada tawaran baik hingga meleleh air liur?," ujarnya.

Hasnul dan Saari semalam telah menyertai sidang media bersama Wan Azizah bagi menyatakan sokongan kepada presiden PKR itu sebagai menteri besar baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah kedua-dua Adun ini menegaskan sanggup meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas sekiranya pucuk pimpinannya menolak Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana