Pànas Berapi.....PKR Pecat Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara rasmi dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kedegilan Menteri Besar Selangor itu melepaskan jawatan yang disandangnya.

Keputusan tersebut telah disahkan menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan PKR sebentar tadi.

Mesyuarat tersebut disertai kesemua Majlis Pimpinan Pusat.

Pasa Selasa lepas, lembaga disiplin parti mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Khalid turut diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam bagi memberi penjelasan terhadao beberapa isu yang menimbulkan persoalan termasuk berhubung elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu “cacat” dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.

Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

Keputusan ini dibuat sejurus peguam kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Edmond Bon menyerahkan notis peringatan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, pagi tadi untuk tidak membincangkan masa depan wakil rakyat Pelabuhan Klang itu, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini, sebelum sesi pendengaran terhadapnya dijalankan.

Notis peringatan itu menjelaskan bahawa perkara itu tidak boleh dibincangkan sehingga Lembaga Disiplin selesai menjalankan siasatan terhadap Abdul Khalid termasuk selepas mendengar penjelasan daripadanya, pada 15 Ogos, seperti yang dipohon, semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana