Pakatan Perlu Hormati PAS, Usah Pertikai Soal Kesetiaan...Tapi Mudah Buat U-TURN

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak sepatutnya mempertikaikan kesetiaan Pas dalam pakatan pembangkang secara terbuka.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, semua pemimpin pakatan pembangkang juga sewajarnya lebih menghormati Pas walaupun wujud perbezaan pendapat.

Menurut beliau, perbuatan mendesak, mengutuk dan mempertikaikan komitmen Pas adalah sesuatu yang sepatutnya dijauhkan.

"Pas Selangor menyeru semua pihak agar lebih menumpukan kepada gerak kerja berkhidmat kepada rakyat daripada terlampau berpolitik.

"Rakyat sudah semakin muak dengan permasalahan politik yang bagai tiada penghujungnya," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau.

Pas sebelum ini dikecam hebat oleh sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang berikutan pendirian parti itu yang pada mulanya menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada Ahad lalu membuat pusingan U apabila bersetuju dengan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Abdul Khalid selain mencadangkan timbalannya, Azmin Ali sebagai seorang lagi calon Menteri Besar.

Cadangan Pas itu akhirnya diketepikan oleh majlis pimpinan pakatan pembangkang yang menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu.

Zaidy menambah, PKR dan DAP juga perlu menghormati keputusan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang sebulat suara ingin mengekalkan empat Exco Pas di dalam kerajaan negeri Selangor dan mencadangkan Wan Azizah serta Azmin sebagai calon Menteri Besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana