Padan Mukanya.....Khalid Samad didakwa menghasut...berdepan penjara maksima 3 tahun

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berdepan hukuman penjara maksima tiga tahun dan denda jika didapati bersalah kerana perbuatan menghasut minta kuasa Majlis Agama Islam (MAIS) yang dibawah naungan Sultan Selangor selaku ketua agama  negeri dihadkan.

Pagi Selasa beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kenyataan yang dibuatnya itu di sidang akhbar di bangunan Parlimen pada jam 11.30 pagi 17 Jun 2014.

Sidang akhbar beliau bersama Ahli Parlimen PAS Selangor lain diadakan ekoran keenganan MAIS mematuhi keputusan Peguam negara supaya memulangkan Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari Persatuan Bible Malaysia.

Pada 15 Julai Sultan Selangor dalam titah baginda kemudian murka terhadap Khalid dan sifatkan beliau biadap kerana mempersoalkan kedudukan baginda sebagai ketua agama negeri.

Khalid kemudian memohon untuk mengadap baginda.Namun hingga hari ini baginda belum beri perkenaan kepada permohonan itu.

Khalid didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Haustan 1948.Ia membawa hukuman penjara maksima tiga tahun dan denda jika bersalah.

Ahli Parlimen itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 22 September ini untuk mendengar kes itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana