Ops Rumah Urut: Sultan Minta JAIS Jangan Campur Tangan

SHAH ALAM 8 Ogos - Sultan Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar tidak campur tangan dalam bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, seperti dalam operasi ke atas rumah urut.

Dalam ucapannya ketika pertemuan dengan kakitangan JAIS hari ini, baginda antara lainnya menekankan bahawa jabatan itu sepatutnya hanya bertindak mengikut bidang tugasnya sahaja.

“Pihak JAIS perlu bertindak dalam lingkungan tugas yang melibatkan kesalahan terhadap isu-isu agama islam sahaja tanpa mengganggu tugas dan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan seperti penguatkuasaan terhadap rumah-rumah urut dan sebagainya.

“Ini adalah bagi mengelak tohmahan terhadap JAIS yang mengambil tindakan bukan di dalam bidang kuasa mereka dan lebih menumpukan perkara yang remeh sedangkan isu yang lebih besar tidak diberikan keutamaan,” titahnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana