Musuh dalam selimut PAS perlu berani tampil

Reaksi Dr Zuhdi, serta ahli pimpinan PAS lain seperti, Nasrudin Hasan Tantawi serta pimpinan Pemuda PAS seperti Suhaizan Kayat dan Naibnya,  Khairil Nizam Khiruddin, menceritakan “kemarahan” PAS terhadap unsur “musuh dalam selimut” PAS ini.

Nasrudin berkata, petikan WhatsApp yang dibocorkan itu bertujuan membina persepsi buruk terhadap Dr Zuhdi yang lantang mengkritik Anwar Ibrahim terutama dalam isu “Langkah Kajang” dan pertukaran Menteri Besar Selangor.

“Percayalah yang mengkritik keras Anwar dalam isu Menteri Besar Selangor ini bukan Mohd Zuhdi seorang tetapi ramai pimpinan PAS turut mengkritik. (Hanya sama ada) berani lakukannya secara terbuka atau tidak,” kata bekas Ketua Pemuda PAS itu.

Beliau mencabar individu yang membocorkan perbincangan di kalangan pimpinan PAS dalam WhatsApp itu tampil membuat pengakuan dan mendedahkan keseluruhan butir perbincangan berkenaan.

“Jika tidak, memang dia seorang yang penakut dan pengkhianat. Menikam rakan dari belakang demi memuaskan hati warlord (demang politik) dia yang berada di luar parti,” tegas Nasrudin.

Ketegasan pimpinan muda dalam PAS adalah sejelas air zam zam. Mereka yakin dan kenal siapa yang menjadi “gunting dalam lipatan” dalam PAS. Seharusnya penyokong “warlord” atau demang politik di luar PAS sedar bahawa tembelangnya sudah dapat dihidu.

Memang selama ini PAS tidak begitu selesa bermain dengan teori konspirasi yang berlebihan dalam politik. Al Quran dan sunnah masih jadi pegangannya.

Namun teknologi komunikasi moden hari ini berjaya membantu PAS “memerangkap parasit politik” dalam saf kepimpinannya seperti yang pernah didedahkan oleh bekas Naib Presidennya, Datuk Hasan Ali.

Pimpinan PAS mungkin ada yang melihat bahawa dalam senario politik hari ini, PAS pasti menuju jalan buntu. Mereka insaf bahawa akhirnya, PAS pasti berhadapan dengan unsur-unsur penentang perjuangan Islamnya dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Persoalannya hanya bila. Buat masa ini PAS sudah menemui penentang berkenaan dalam saf pimpinannya. Petualang WhatsApp adalah dalil kukuh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana