Mulut Longkang Ni.....Zuraida Saran Khalid Tubuh Parti Sendiri, Jadi MB

SHAH ALAM 10 Ogos - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disarankan untuk menubuhkan parti sendiri sekiranya mahu berterusan bersikap angkuh dan degil.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin berkata, tindakan Khalid membelakangkan parti merupakan sikap angkuh yang perlu dihentikan dengan mengenakan tindakan disiplin.

"Kita bukan pilih "ah chong" atau "ane". Ini Presiden parti pun beliau (Khalid) tidak mahu layan. Saya MP Ampang, kalau parti tak letak saya di Ampang adakah saya jadi YB di Ampang?

"Bagaimana angkuhnya, degilnya menteri besar kita dan kita terpaksa buat tindakan demikian (pecat). Kalau tak nak ikut parti, baik dia buat parti sendiri dan jadi menteri besar sendiri," katanya dalam ceramah Penerangan Isu Semasa Negeri Selangor di Dewan Teratai Seksyen 19 Shah Alam malam tadi.

Hadir sama memberi ceramah, Presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari.

Sementara Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diundang menjadi penceramah utama walaubagaimanapun tidak dapat hadir.

Program ini diadakan bagi memberi penerangan kepada rakyat Selangor khasnya berkaitan isu pemecatan Khalid daripada ahli PKR.

Sebelum ini Wan Azizah dalam ucapannya berkata kemelut pertukaran jawatan individu sebagai bukan isu penting kerana amanah yang dipegang merupakan prinsip perjuangan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana