MUKA TAK TAHU MALU....ENAM EXCO BERDEGIL TETAP MAHU KERJA WALAU DIPECAT

SHAH ALAM: Keenam-enam exco daripada DAP dan PKR yang dipecat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap berdegil dan memaklumkan akan meneruskan tugas seperti biasa.

Dalam satu sidang media malam tadi, mereka menolak pemecatan tersebut dan mendakwa ianya tidak sah.

Mereka ialah Exco Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita Rodziah Ismail; Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi Dr Daroyah Alwi;  Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar Elizabeth Wong Keat Ping; Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin Ganabatirau Veraman; Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram Ean Yong Hian Wah; dan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim.

"Mengikut undang-undang tubuh kerajaan selangor, pelantikan ahli-ahli exco adalah dibuat oleh Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar. Maka hanya Sultan Selangor yang berkuasa menamatkan kedudukan exco,” kata Datuk Teng Chang Khim mewakil barisan exco yang dipecat itu.

Mereka bertegas untuk meneruskan tugas biasa lain sebagai exco kecuali menghadiri mesyuarat badan tersebut bersama Khalid.

Lewat petang semalam, Khalid memaklumkan telah menghantar surat pemecatan kepada kesemua exco berkenaan kerana didakwa cuba 'mengurangkan kecekapan' pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, hanya Rodziah masih belum diberikan surat kerana berada di luar negara.

Khalid bertindak memecat exco berkenaan kerana tindakan mereka mengeluarkan satu kenyataan bersama yang menganggap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  sebagai Menteri Besar “peralihan” sementara menunggu perlantikan calon baru Pakatan Rakyat untuk  mengisi jawatan itu.

Dalam kenyataan itu juga mereka menegaskan segala keputusan Exco kerajaan negeri harus diputuskan menerusi undian, sesuai dengan kedudukan Khalid sebagai MB sementara.

Selain itu juga mereka bertekad untuk tidak berjumpa dengan Khalid kecuali pada mesyuarat rasmi Exco “untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing.”

PKR dan DAP sebelum ini meluluskan ketetapan mahu Khalid digantikan dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Bagaimanapun pucuk pimpinan PAS membantah keputusan itu dan empat Exconya mengiktiraf Khalid sebagai MB sah dan berjanji untuk memberikan kerjasama penuh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana