Masyarakat Melayu Islam bantah pembinaan pusat judi terbesar di Asia di Bukit Tagar...Undilah Lagi PR

SHAH ALAM : Cadangan kerajaan negeri untuk membina pusat judi lumba kuda terbesar di Asia bertempat di Bukit Tagar mendapat bantahan dari penduduk setempat.

Melalui tinjauan Antarapos baru-baru ini, rata-rata mereka menyuarakan kebimbangan terhadap masalah sosial yang akan meningkat sekiranya ia benar-benar dilaksanakan.

Ketika ditemui pemberita, Siti Aida Ahmad Bukhari berkata memandangkan kawasan di sekitar Bukit Tagar diduduki oleh kebanyakan masyarakat Melayu dan Islam, maka ia semestinya akan mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Kerajaan negeri patut tolak, kawasan di sini ramai Melayu dan Islam. Rata-rata mereka tidak bersetuju.

"Anak-anak kita makin tidak terkawal. Sekarang pun dah susah nak kawal. Jika pusat judi itu dibangunkan, mereka akan menipu ibu bapa," demikian menurut suri rumah yang berusia 44 tahun itu.

Pendapat Siti Aida turut dipersetujui oleh Azizah Chin, seorang peniaga pasar malam di kawasan terbabit.

Wanita berusia 50 tahun itu memberitahu jika pusat judi berkenaan diluluskan, ia semestinya akan membantutkan pembangunan sahsiah masyarakat Islam di kawasan itu.

"Akan timbul kesan buruk, lebih-lebih lagi kepada golongan remaja kerana mereka akan tertumpu di sana. Begitu juga yang kurang beriman, akan pergi ke sana juga," ujar beliau.

Sebelum ini, kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berdepan kontroversi apabila dikatakan bersetuju dengan cadangan pembinaan pusat judi lumba kuda di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Lokasi asal pusat judi berkenaan adalah di Sungai Besi dan dilaporkan bakal menjadi pusat perjudian lumba kudi paling besar di Asia.

Pembinaannya mendapat bantahan majoriti penduduk Melayu di sekitar Bukit Tagar kerana bertentangan dengan ajaran Islam khususnya.

Awal bulan ini, sebanyak tiga buah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang meluluskan pembinaan Selangor Turf Club itu.

NGO berkenaan; Islam Ikatan Rakyat Muslim Malaysia (IRIMM), Martabat Jalinan
Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) turut menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan
Sri Khalid Ibrahim untuk mendesak kerajaan negeri tidak meluluskan cadangan projek itu.

Bagi seorang kakitangan Universiti Selangor (Unisel), Masmuni Ahmad, pemindahan tapak pusat judi berkenaan semestinya akan mewujudkan persekitaran yang kurang elok kepada pelajar-pelajar institusi terbabit.

"Ia adalah kurang baik kerana di sini kawasan masyarakat Melayu dan berdekatan dengan universiti utama di Selangor. Ia akan menjadi masalah kepada pelajar dan mungkin terjebak dengan perkara kurang baik.

"Bantahan patut disuarakan kepada kerajaan negeri kerana ia tidak perlu dibangunkan disini," katanya.

Sehubungan itu, atas rasa kurang senang dengan cadangan kerajaan negeri, maka bantahan perlu disampaikan kepada pihak kepimpinan Khalid supaya mereka sedar akan respon masyarakat setempat.

Ujar pemilik bengkel, Nordin Masri, lebih banyak perkara yang lebih berfaedah boleh dilakukan ke atas tanah yang kononnya bakal dibangunkan projek haram itu.

"Tidak ada bangganya. Ia akan merugikan kepada generasi akan datang.

"Kerajaan negeri patut tolak dan jangan buat. Sedangkan, kawasan itu adalah kawasan industri atau perkilangan. Seelok-eloknya kena buat begitu, sebab kebanyakkan belia di sini tidak ada kerja. Kalau dibuka kilang industri, mereka boleh bekerja," demikian menurutnya.

Untuk rekod, sebelum ini Kumpulan Bantahan Pembinaan Pusat Lumba Kuda yang sama pada 2011 tampil tidak bersetuju dengan pembinaan perjudian lumba kuda oleh Selangor Turf Club.

Walaupun pada tiga tahun lalu permohonan tidak tidak diluluskan, namun syarikat berkenaan sekali lagi berusaha untuk memohon kebenaran.

Syarikat itu juga turut mengemukakan kaji selidik daripada sebuah universiti tempatan yang menyatakan 50 peratus daripada Melayu bersetuju dengan pembinaan pusat itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana