Masyallah! Insiden Lahad Datu hanya drama, kata perwakilan PKR

Perwakilan PKR daripada Mohamad Imran Abdul Hamid mendakwa insiden pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu tahun lalu hanya drama semata-mata untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ahli Parlimen Lumut itu berkata, insiden yang telah mengorbankan 10 anggota keselamatan itu berlaku 3 bulan sebelum pilihan raya dan pernah berlaku sejak 1986, namun tidak ada tindakan sivil diambil Putrajaya. "Tetapi pada 2013, pilihan raya akan berlaku, Lahad Datu dipaparkan, serangan dilaksanakan. Saya bercakap Lahad Datu merupakan sebuah drama.

 "Oleh kerana kita lihat ia berlaku 3 bulan sebelum pilihan raya iaitu pada Februari, tidak ada tindakan yang diambil sehingga masuk Mac (PRU13)," katanya ketika membahaskan usul politik dalam Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini. Beliau turut menyifatkan istiadat menghormati jenazah mangsa nahas MH17 yang dibawa pulang daripada Belanda semalam sebagai 'berlebihan' berbanding penghormatan terhadap perajurit yang mempertahankan kedaulatan negara. “Bukan kita kata tidak boleh tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana