Lelaki Berlagak Samseng, Acu Pistol Kepada Anggota Polis

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Seorang lelaki cuba berlagak samseng apabila mengacu sepucuk pistol kepada anggota polis peronda (MPV) yang menahannya atas kesalahan melanggar lampu isyarat di Jalan Kepong, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, peniaga restoran berusia 53 tahun dikatakan sengaja bertindak demikian untuk menakut-nakutkan anggota polis berkenaan selain ingin mengelak daripada ditahan.

Sumber berkata, kejadian itu bermula apabila dua anggota polis MPV yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek yang memandu keretanya secara melulu.

“Anggota polis kemudian mengekori kereta suspek dan ketika tiba di satu persimpangan lampu isyarat, suspek tidak berhenti meskipun lampu isyarat bertukar merah.

“Melihat tindakan itu, anggota polis terbabit kemudian membunyikan siren MPV dan mengejar kereta berkenaan, namun suspek terus memecut laju lalu melanggar dua lagi lampu isyarat merah di jalan sama,” katanya.

Menurut sumber, suspek hanya memberhentikan keretanya sebaik tiba di depan sebuah apartmen di Bandar Manjalara, Kepong sambil berlagak samseng dengan menyelit sepucuk pistol pada pinggangnya.

“Suspek mengacukan pistol itu kepada anggota polis sambil memberitahu dia bukan penjenayah dan tidak melakukan sebarang jenayah malah turut memiliki lesen memandu yang sah.

“Anggota polis cuba bertanyakan alasan dia mengacukan pistol namun suspek meninggikan suara menyebabkan anggota polis terpaksa menahannya dan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk siasatan,” katanya.

Katanya, polis merampas sepucuk pistol jenis Glock 19 dan 13 butir peluru milik suspek.

Suspek mengaku memiliki lesen senjata api namun ia tertinggal di rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan katanya siasatan lanjut masih dijalankan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana