Lebih banyak masalah jika Azizah dilantik jadi MB Selangor - Penganalisis

SHAH ALAM:  Pelantikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu akan mengundang lebih banyak masalah berbanding kebaikan terhadap rakyat negeri ini.

Penganalisis politik Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata pentadbiran Wan Azizah kelak akan dibayangi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah tidak mustahil peristiwa serah kuasa sebagaimana yang terjadi di Permatang Pauh suatu masa dahulu akan berulang kembali, sekiranya Anwar didapati bebas daripada sebarang hukuman mahkamah.

"Kita tahu bahawa Wan Azizah bukan seorang 'willing-politician'. Beliau banyak mengambil tempat Anwar apabila Anwar dijatuhkan hukuman, dipenjarakan dan tidak dibenarkan bertanding dan sebagainya.

"Oleh kerana beliau telah melalui pelbagai peristiwa di mana masalah yang timbul seperti di Permatang Pauh apabila beliau terpaksa bertanding. Apabila Anwar dah dapat kelayakan, beliau terpaksa letak jawatan dan beri ruang kepada Anwar untuk bertanding.

"Ini adalah rentetan peristiwa bahawa apabila meletakkan Wan Azizah akan beri banyak masalah berbanding kebaikan kepada masyarakat Selangor," ujarnya kepada Antarapos, sebagai mengulas keputusan Pakatan Rakyat yang mahu mengangkat Wan Azizah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Wan Azizah baru-baru ini memberitahu telah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor untuk kali kedua bagi memaklumkan dirinya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Terdahulu Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan mengHadap Wan Azizah.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) sebulat suara bersetuju mengekalkan nama Wan Azizah sebagaI calon menggantikan Khalid.

Bagaimanapun Marthada menyelar kemampuan ADUN Kajang itu untuk mentadbir negeri apatah lagi Wan Azizah sendiri mengakui tidak mempunyai pengalaman mengurus tadbir sesebuah negeri dan mengharapkan sokongan sebuah pasukan manta untuk membantunya menguruskan Selangor.

"Apakah dengan kurangnya pengalaman dari sudut mentadbir sama ada sektor awam atau swasta itu akan menyebabkan Wan Azizah boleh jadi MB yang baik? Pada saya tidak.

"Apabila seseorang itu tiada pengalaman dan kredibiliti yang pada saya sifatkan penting, maka mungkin nanti beliau mudah dimanipulasi. Kita tahu pelantikan Khalid sebelum ini dibuat atas dasar latar belakang beliau menerajui bidang korporat," demikian menurutnya.

Ramai pihak beranggapan Wan Azizah akan melalui cabaran untuk memastikan legasi yang ditinggalkan Khalid kelak mampu diuruskan dengan baik.

PKR memaksa Khalid meletakkan jawatan ekoran sikapnya yang sering membelakangkan parti dan didakwa tidak lagi berwibawa kerana dikatakan terbabit dengan beberapa urusniaga yang meragukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana