Khalid Ibrahim Umum Letak Jawatan

SHAH ALAM 26 Ogos -  [KEMASKINI] Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi memohon perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, Sultan Selangor menangguhkan hasrat Khalid sehingga proses perlantikan jawatan Menteri Besar baharu selesai.

Sultan Selangor juga menitahkan agar setiap pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi memudahkan Baginda untuk menentukan calon yang paling layak memegang jawatan tersebut.

Ianya sejajar dengan konversi yang diamalkan secara berterusan dalam perlantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Pihak Istana mengesahkan akan mengeluarkan surat kepada Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu.

Sebelum ini, PKR telah mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Khalid.

Akan tetapi, pihak PAS yang pada mulanya menolak cadangan tersebut turut menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon alternatif.

Malah, PAS juga enggan menandatangani sebarang perjanjian akuan bersumpah bagi menyokong pencalonan Wan Azizah.

Untuk rekod, PAS dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR memperolehi 13 kerusi DUN setelah Khalid dipecat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana