'Khalid Ibrahim Gila Kuasa' - Presiden KLSCAH...Buka Mata Lah Siapa Yang Giler Kuasa?

Bangkai Gajah besar didepan mata tak nampak kuman diseberang laut boleh nampak....NGO Cina atau dipanggil Penyokong DAP sudah bersuara....diam diam sudah keluar dalam gua.Nampak sangat Buta NGO ini.Bang Non dengan lantik Keluarga nya menjadi MB Besar Bukan kah itu dipanggil GILER KUASA TU?

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai seorang pemimpin penipu dan gila kuasa berikutan tindakan memecat enam Ahli Exco Kerajaan Negeri dari DAP dan PKR.

Presiden Persatuan Wanita Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH) Ng Geok Chee berkata, perbuatan Khalid itu sudah cukup membuktikan tidak layak lagi untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

"Saya rasa beliau (Khalid Ibrahim) tidak layak memegang jawatan Menteri Besar.

"Saya sebulat suara dengan rakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain mendesak agar Khalid melepaskan jawatannya dengan serta merta," katanya kepada pemberita pada sidang media 'Kembalikan Selangorku' A Black Ribbon Campaign di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, Khalid juga terbukti telah melakukan penipuan setelah beliau mendakwa surat pemecatan enam Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor telahpun dihantar.

Akan tetapi, beliau mendakwa salah seorang Exco, Datuk Teng Chang Khim dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan bahawa surat tersebut masih belum sahih.

"Perkara tersebut membuatkan kami hilang sepenuh kepercayaan terhadap kepimpinan Khalid dan beliau sememangnya tidak layak mentadbir Selangor," katanya.

Pada sidang media itu, kira-kira 15 NGO menyatakan pendirian tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Khalid dan melancarkan kempen agar semua pengundi memakai reben hitam untuk ditampal di setiap bangunan Kerajaan Negeri dan Pusat Khidmat Kerajaan Negeri sebagai tanda protes.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana