Kemelut Selangor Papar Politik Sandiwara Tahap Tinggi Pakatan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin membidas pakatan pembakang yang masih terus-terusan bersandiwara dalam berpolitik sehinggakan rakyat menjadi mangsa untuk percaturan mereka demi mendapatkan pangkat, kuasa dan kedudukan.

Katanya, krisis jawatan Menteri Besar Selangor menjadi bukti bagaimana kepimpinan pembangkang lebih mengutamakan kroni sendiri tanpa menghiraukan pentadbiran yang telah dinobatkan oleh rakyat melalui pilihan raya.

“Sebelum ini mereka buat macam-macam tuduhan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan pusat walhal dalam masa yang sama semua tuduhan yang dilemparkan itu hanyalah untuk menutup pekung yang selama ini memang ada dalam pakatan pembangkang,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau merujuk kepada pelbagai tuduhan pembangkang kepada BN kononnya bersikap pilih kasih, kronisme, nipotisme, bersikap zalim dan gagal menjaga kebajikan rakyat dalam pelbagai hal sebelum ini.

“Pemimpin pakatan pembangkang ini hanya bersandiwara dan menggunakan politik untuk kepentingan mereka, di Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat patutnya mereka menggunakan peluang yang ada berbincang namun mereka hanya cakap kosong dan begitu juga di hadapan rakyat sekarang ini.

pembangkang“Lebih teruk lagi, pemimpin pembangkang gemar lemparkan kesalahan kepada BN/UMNO sekiranya kesilapan di kalangan mereka berlaku sebagaimana skandal moral beberapa pemimpinnya dan tindakan keluar parti ahli-ahlinya sebelum ini walaupun hakikatnya BN/UMNO tidak pernah terlibat.”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan yakin bahawa niat tidak baik kepimpinan dalam pembangkang khususnya PKR dan Dap adalah sejak awal lagi mereka terlibat dalam politik.

“Jika ada pun mereka yang benar-benar mahu mengutamakan kebajikan rakyat maka individu terbabit amat sedikit dalam pembangkang kerana kebanyakan mereka terdiri daripada yang tidak mempunyai hala tuju dan hanya bersandarkan kepada agenda peribadi semata-mata.

“Kita lihat bagaimana sebelum ini kononnya wakil rakyat Pas teguh menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB namun bagaimana mungkin dua orang ADUNnya boleh beralih arah jika tentunya ia dipelopori oleh pemimpin yang benar-benar berwibawa.”

Tegas beliau lagi, sememangnya soal peralihan kuasa jawatan Menteri Besar bukanlah satu isu kerana dalam BN juga pertukaran kepimpinan juga pernah dibuat sebagaimana di Terengganu namun ia berlangsung lancar walau pada awalnya terdapat sedikit kesulitan.

“Inilah bukti kewibawaan BN, bukan hanya dalam kepimpinan parti tetapi juga sebagai ketua masyarakat setempat yang dapat mengembalikan keyakinan dan sokongan dari peringkat akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan tertinggi.

“Ternyata ini berbeza dengan pakatan pembangkang yang seakan retak menanti belah, saling salah menyalahkan, saling buruk memburukkan sedangkan sebelum ini mereka mengaku mempunyai ideologi yang sama, dari parti yang sama namun apa akhirnya yang berlaku?”

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat untuk melakukan penilaian terhadap kepimpinan pakatan pembangkang yang selama ini bercita-cita untuk mentadbir kerajaan Malaysia.

“Inikah wajah pemimpin negara yang kita mahu pilih sedangkan selama ini macam-macam kacau-bilau yang telah mereka lakukan, bukan hanya pada negara melalui himpunan haram tetapi pengurusan pemilihan dalaman parti pun huru-hara,” tambahnya lagi. - MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana