Kemelut PKR Ibarat Rumah Siap Masih Berbunyi

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Percanggahan pendapat dan kemelut menteri besar antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah diibaratkan seperti rumah yang sudah siap tetapi pahat masih berbunyi dan menggaggu ketenteraman jiran tetangga.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli berkata, perbalahan antara pemimpin tertinggi parti semakin jelas dan tidak dapat dibendung lagi serta tanpa segan mendedahkan segala pekung yang telah terpendam.

"Yang nyata dan jelas adalah terjadi perebutan kuasa untuk kepentingan peribadi masing masing.  Anwar Ibrahim bertindak seolah-olah parti PKR hakmilik dirinya dan keluarganya sendiri.

"Anwar mengejar waktu untuk mengalihkan isu sebenar iaitu keputusan rayuannya dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Katanya, hal ini semakin rumit setelah Khalid yang lebih mementingkan kebajikan rakyat Selangor mengendahkan karenah Anwar menyebabkan pelbagai tekanan dikenakan kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.

"Namun begitu, Khalid tetap mahu bertahan kerana beliau tahu masih ramai lagi sahabat sahabat dalam kolisi Pakatan Rakyat yang masih menyokongnya terutama dikalangan pimpinan PAS," katanya.

Jelas Nazmi, PAS serta Khalid sedar Anwar kini semakin terdesak apabila mendesak keluarganya ke dalam kemelut kerajaan negeri setelah gagal untuk mewakili parti pda PIlihan Raya Kajang awal tahun ini.

"Seharusnya PKR setelah menerima mandat dan diberikan kepercayaan untuk mentadbir kerajaan Selangor lebih fokus untuk menyelesaikan masalah di Selangor khususnya isu bekalan air.

"Mereka kenalah berhenti daripada terus sibuk berpolitik hanya untuk kepentingan peribadi dan tembolok sendiri," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana