Kemelut MB: Tikam menikam, bertukar kem dalam PKR Selangor

Jika belum ini ia merupakan pertarungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Dr WAn Aziziah Wan Ismail sahaja... kini sah masuk lagi satu nama... Azmin Ali.
Nama Azmin dikemukakan hari ini 'kononnya' adalah atas kehendak PKR Selangor.

Individu paling lama jadi ADUN PKR di Selangor, iaitu sejak 1999, Pengerusi PKR negeri, bekas setiausaha sulit Anwar dan paling penting Timbalan Presiden PKR.

Inilah dia... parti menggelar dirinya parti reformasi... ahli-ahli baling kerusi, pemimpin berebut kerusi.

Yang pening adalah pemimpin pertengahan, ada yang lompat sana sini, takut berada dalam kem salah, ketika 'rampasan kuasa' ini.

Hasilnya jadi kelam-kabut habis...haru biru sampai hendak buat sidang media jadi pergaduhan besar sesama sendiri.

Kisahnya semalam sidang media PKR Selangor kecoh kerana ada dua kenyataan media, satu yang dibaca oleh Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin dan satu yang beredar dikalangan wartawan.

Zuraidah, yang asalnya penyokong kuat Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali, didakwa sudah 'belot' selepas hanya membaca kenyataan media yang disediakan oleh pihak 'lain' bukannya PKR Selangor.

Berikutan itu, hari ini Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, sidang media Zuraida semalam tidak sah sekali gus tidak boleh diterima sebagai keputusan rasmi MPN Selangor sendiri.

Menurut Shuhaimi, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali harus dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar yang baharu selain Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

Tegasnya, keputusan meletak dua nama calon itu sudah dipersetujui semua selain menyatakan kenyataan media yang memberi nama Wan Azizah dan Azmin merupakan kenyataan rasmi daripada MPN Selangor.

"Kita setuju Wan Azizah mempunyai semua kelayakan politik dan akademik untuk memimpin sebuah kerajaan namun pimpinan tertinggi KEADILAN harus memberi ruang untuk membenarkan nama seorang lagi ADUN dari Selangor diangkat dan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebagai calon kedua Menteri Besar.

"Kami akur dengan keputusan hanya satu nama dibawa ke mesyuarat PR untuk diperhalusi sebagai calon menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi berharap agar diberikan ruang untuk mengemukakan nama tambahan," katanya dipetik Astro Awani.

Semalam, Zuraida bertegas bahawa kenyataan beliau yangdibacanya adalah kenyataan rasmi PKR Selangor.

Kenyataan itu antara lain kata mereka menerima sokongan dari 10 ADUN serta empat ahli Parlimen PKR Selangor.

Tidak lama kemudian, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari tweet bahawa namanya adalah dalam kenyataan media Zuraida itu, tapi pengetahuannya, dan beliau tidak 'endorse' kenyataan itu mewakili dirinya.

Amiruddin merupakan timbalan Azmin dalam PKR Gombak, dan merupakan penyokong setia Ahli Parlimen Gombak itu.

Zuraida yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Azmin... semalam menyatakan sokongan hanya kepada Wan Azizah.

Shuhaimi menjelaskan, MPN Selangor sendiri mendapat sokongan daripada lapan lagi Pengerusi MPN termasuk dari Sarawak.

"Selain itu Pengerusi MPN Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Kelantan turut memberi sokongan kepada nama Wan Azizah dan Azmin," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana