Kaw...Kaw Raja Komando Kutuk Anwar Ibrahim

Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid atau lebih dikenali sebagai Raja Komando kini mula beralih arah mengkritik Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja Komando mengunakan kiasan ‘bapa yang mabuk’ dalam menggambarkan krisis kepimpinan PKR Selangor sekarang ini.

“Prinsip saya, kita nak menegakkan kebenaran. Walaupun bapa kita, kalau dia ‘mabuk’, macam mana kita nak hormat dia kan?

“Dari segi politik, saya rasa kecewa sebab perjuangan Datuk Seri Anwar, PKR adalah memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat

“Tetapi apabila Pakatan Rakyat memerintah (Selangor), dia pula salah guna kuasa,”katanya ketika majlis penyerahan watikah kepada Tuanku Sultan Selangor menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 20 Ogos.Istilah mabuk ‘KETUM’ merupakan istilah popular yang digunakan penyokong Khalid yang ditujukan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Raja Komando menganggap tindakan Anwar memecat Khalid dilihat sebagai pengkhianat kerana mahu mencabar institusi Raja-raja Melayu dan melanggar keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Pada tahun 1998/99, Raja Komando lebih dikenali sebagai penyokong setia Anwar.

Ketika itu, Raja Komando juga sering dirujuk ‘saksi’ kononnya berlaku ‘konspirasi politik’ di peringkat tertinggi sehingga membawa kepada pemecatan Anwar daripada UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan pada 2 September 1998.

Malah ketika itu, Raja Komando juga merupakan salah seorang saksi peguam bela ketika Anwar dibicarakan di mahkamah dalam kes salahguna kuasa.

Dalam kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul, pada 14 April 1999, memutuskan Anwar bersalah dan dijatuhi hukuman 6 tahun penjara kerana menyalahguanakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri mengarahkan polis untuk mendapatkan ‘pengakuan bersumpah’ daripada saksi-saksi untuk kepentingan dirinya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana