Jangan persoal Hari Berkabung Malaysia - Shahidan

KUALA LUMPUR: Jangan memperkecil-kecilkan peranan pasukan petugas dan kerajaan berhubung istiadat penghormatan jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 dan Hari Berkabung Negara yang diadakan Jumaat lalu.

Penghormatan bersejarah itu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, merupakan sesuatu yang luar biasa  dan ia telah dibuat oleh kerajaan Malaysia dengan baik sekali.

"Kita hormat kepada mayat, Nabi (Muhammad) bila mayat seorang Yahudi lalu di depan Baginda, Baginda bangun. Nabi ini ialah ketua orang Islam, Nabi bangun kepada mayat Yahudi.

"Seorang wanita bertanya kenapa Nabi bangun hormat kepada mayat Yahudi? Baginda bersabda yang mati itu manusia. Jadi bila semua kita bangun kita ikut cara Rasullullah iaitu bangun menghormati mayat. Syukur Alhamdullilah sebab orang Malaysia ikut cara Rasullulah iaitu bangun menghormati mayat,” kata Shahidan.

Shahidan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan  Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timur di Bangunan UMNO, Ipoh pada Sabtu.

Beliau diminta mengulas respon daripada segelintir rakyat Malaysia yang mempertikai dan mencela hari perkabungan dan upacara bertafakur berhubung istiadat penghormatan 20 jenazah mangsa MH17 yang tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada 9.54 pagi, Sabtu.

Shahidan turut memuji pasukan Malaysia yang terbabit dengan pengurusan  membawa pulang jenazah-jenazah kerana berjaya menguruskan jenazah berkenaan dengan penhormatan tertinggi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana