Dua Kali Tunda : Keputusan Pas, Khalid Ibrahim Timbulkan Persoalan

KUALA LUMPUR 8 Ogos - PAS sekali lagi menangguhkan mesyuarat bagi membincangkan kedudukan Menteri Besar Selangor sehingga tarikh 17 Ogos 2014 , kenyataan itu dibuat oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pagi ini .

Semalam, Mustafa dalam satu kenyataan berkata mesyuarat bagi membincangkan perkara itu ditangguhkan pada 13 Ogos, tetapi tarikh berkenaan dipinda lagi dengan alasan bagi memastikan semua anggota yang terlibat dapat hadir pada tarikh baru itu.

Dalam satu kenyataan berlainan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan hadir ke perbicaraan kes beliau oleh Lembaga Disiplin PKR hari ini dan meminta supaya tarikh perbicaraan dipinda pada 15 Ogos.

Semalam, satu majlis solat hajat 'Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah'  diadakan di kediaman Menteri Besar Selangor itu . Majlis yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Selangor itu antara tujuannya adalah untuk mempertahankan Menteri Besar yang sedang menghadapi tindakan disiplin oleh partinya (PKR) rentetan isu keengganan beliau meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden parti.

Pemindaan tarikh bagi mesyuarat PAS dan permohonan bagi penangguhan perbicaraan Lembaga Disiplin PKR yang kebetulan diumumkan pada pagi ini oleh PAS Pusat dan Abdul Khalid telah menimbulkan andaian samada satu perbincangan telah diadakan di kediaman Menteri Besar semalam selepas majlis solat hajat dalam menangani krisis yang sedang berlaku kini.

Turut timbul andaian sekiranya Lembaga Disiplin PKR membenarkan permohonan Khalid itu , akan terdapat 'rundingan' atau 'mesej' PAS terhadap kepimpinan PKR melalui Khalid supaya beliau terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor. PAS mungkin mahu menunggu keputusan perbicaraan Lembaga Disiplin PKR terhadap Menteri Besar itu sebelum membuat apa-apa ketetapan dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 17hb nanti. Sebelum ini beberapa pemimpin PKR begitu lantang mengkritik pemimpin PAS yang mempertahankan Khalid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana