Cakap Besar!!!!! Azizah Boleh Dapat Majoriti Tanpa PAS - Rafizi

PETALING JAYA 26 Ogos - Keengganan PAS tidak membenarkan 13 ADUNnya di Selangor mengikat perjanjian menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak dihiraukan rakan Pakatan Rakyatnya, PKR.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bekata, Azizah kini sudah mempunyai sokongan kuat daripada 15 ADUN DAP, 13 ADUN PKR dan dua dari PAS yang berpaling tadah dengan keputusan dari peringkat pusat.

Katanya, jumlah tersebut sudah membentuk majoriti daripada keseluruhan 56 kerusi DUN.

Rafizi yang dipetik Malaysiakini memberitahu, menurut undang-undang ianya tidak membawa banyak perubahan sekiranya baki 13 ADUN PAS tidak membuat akuan bersumpah (SD) menyokong Azizah.

Beliau berkata keputusan jawatankuasa pusat PAS untuk tidak menandatangani SD tersebut tidak menjejaskan perjanjian yang dicapai oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.

Di peringkat Pakatan Rakyat, katanya, PAS pun bersetuju PKR mencalonkan satu nama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana