Blogger DAP Persoal Samada PAS Hanya 'Pengalas Kaki' dalam PR

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Penulis blog yang juga merupakan ahli DAP , Aspan Alias di dalam entri terbaru beliau pada hari iini mempersoalkan sama ada PAS hanya menjadi 'pengalas kaki' buat sekutunya di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Aspan menerusi entri yang bertajuk "PAS hanya pengalas kaki rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat?", mengakui PAS telah bekerja dengan gigih dalam pilihanraya yang lepas namun memperoleh kemerosotan kerusi berbanding rakan sekutunya DAP.

Senario ini katanya telah menimbulkan perasaan tidak puas hati ramai pihak apabila pemimpin DAP mengungkit peranan PAS apabila mengungkapkan kenyataan "PAS is nowhere without DAP and the Chinese support”.

Penulis blog aspanaliasnet.blogspot.com itu berkata beliau banyak menghabiskan masa membantu pemimpin-pemimpin PAS untuk berkempen pada pilihanraya yang lalu namun dari respon yang diterima banyak yang tidak senang dengan tindakan dan respon  PAS dalam beberapa isu panas.

Antaranya yang dibangkitkan ialah isu penggunaan kalimah Allah yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa ucapan beliau untuk sambutan Hari Krismas selain perlaksanaan hukum hudud yang tidak dimasukkan dalam manifesto piliharanya PAS.

“Adakah PAS ini hanya dijadikan sebagai tempat parti lain untuk mengalas kaki dan dianggapkan sebagai pelapik sahaja? pelapik untuk memberikan keselesaan kepada rakan kongsi dalam Pakatan itu sahaja?” merupakan antara respon yang diterima penulis blog itu dari pengundi berbangsa Melayu yang mengunjungi penginapan beliau selepas majlis-majlis ceramah.

Beliau yang turut menyentuh isu kekalahan PAS di Kedah turut menyatakan PAS hanya menjadi korban kerana kebaikannya.

Isu kalimah Allah dan hukum Hudud menyebabkan PAS dijauhi oleh pengundi kaum Cina dan Melayu .

PAS sebenarnya diaibkan dengan 'intrigue' atau tipu helah politik oleh sekutunya. Maka kenyataan pemimpin DAP iaitu "PAS is nowhere without DAP and the Chinese support” adalah tidak jujur sebaliknya penambahan mendadak kerusi DAP adalah dari sokongan PAS dan orang Melayu.

Aspan menambah keterbukaan PAS terhadap sekutunya dalam kebanyakkan perkara dilihat sebagai kelemahan oleh rakan kongsi lain di dalam Pakatan Rakyat dan mereka hanya mengambil kesempatan dengan keterbukaan ini.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana