Berat...Berat....PKR!!!!! MB: Azmin melepas lagi...Saifuddin kata parti nak Azizah saja

Melepas lagi...nampaknya harapan sesetengah pihak dalam PKR yang mahi timbalan presiden parti itu yang juga ADUN Bukit Antarabangsa menjadi calon alternatif jawatan Menteri Besar Selangor tidak kesampaian.
Ini berikutan ketegasan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan tidak ada nama selain presiden parti itu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang diletakkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata laporan berita yang mengatakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mahupun ADUN Ijok Datuk Idris Ahmad disenaraikan sebagai  pengganti menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak sah.

Beliau turut menegaskan bahawa Mesyuarat Biro Politik yang didakwa membincangkan perkara itu dihadirinya sendiri. Selain itu Azmin turut menghadiri mesyuarat itu dan menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah.

"Tidak... kita tidak ada bincang sehingga juga Mesyuarat Biro Politik semalam, tidak timbul nama lain.

"Malam tadi di Mesyuarat Biro Politik Azmin Ali turut hadir dan bersetuju keputusan parti bahawa Datuk Seri Wan Azizah satu-satunya nama yang dicalonkan.

"Kita menegaskan mengekalkan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP)," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Kelmarin beberapa media memetik laporan sumber bahawa PKR mencadangkan nama alternatif berikutan ketidakpuasan hati beberapa pihak dalam partinya atau rakan sekutunya terhadap cadangan nama Wan Azizah.

Kemelut ini walau bagaimanapun diakuinya bakal menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti itu di Selangor.

Namun Saifuddin dilihat optimis dengan Wan Azizah yang katanya lagi mampu menarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka agar Selangor terus dipertahankan dari jatuh ke tangan Umno pada pilihan raya akan datang.

Dalam masa yang beliau menegaskan tidak ada perbincangan untuk menyingkirkan Khalid menggunakan kuasa Biro Politik jika Menteri Besar dua penggal itu nekad meneruskan khidmatnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana