Bekas MB kecam PAS lambat menangani krisis Selangor

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengkritik PAS kerana mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan dalam krisis MB.

Muhammad yang juga ahli PAS, berpendapat PAS sepatutnya membuat keputusan segera demi mengambil kira realiti semasa krisis Selangor.

"Mereka dah lewat, majlis sudah berakhir, pengantin pun sudah meninggalkan majlis.

"Mengapa begitu lewat membuat keputusan? Apa tujuannya? Kita perlu melihat realiti hari ini ... tidak perlu menunggu sehingga 17 Ogos ... kita perlu memberi tumpuan kepada apa yang berlaku hari ini," katanya dipetik The Malaysian Insider.

Muhammad juga mempersoalkan mengapa PAS lambat terlibat dalam isu Selangor, sedangkan 30 wakil rakyat sudah menyatakan sokongan mereka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih sebagai MB.

"Saya fikir mereka (PAS) sudah ketinggalan. Sudah ada 30 penyokong."

Muhammad juga berkata keputusan 12 wakil rakyat Barisan untuk menyokong Khalid seperti diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini juga merupakan "kesilapan besar".

"Sebab itu beliau (Khalid) mesti dikeluarkan dari Selangor. Ia adalah satu perkara yang serius apabila anda menerima sokongan daripada Umno."

Beliau berkata isu itu tidak boleh diabaikan dan sebaliknya perlu diberikan pertimbangan segera oleh PAS, terutamanya bagi mereka yang masih belum membuat pendirian.

"Itulah kesilapan yang sangat besar. Mengapa membiarkannya? Apabila beliau mendapat sokongan Umno, ia menunjukkan Khalid boleh menjadi alat mereka."

Beliau mengingatkan Pakatan Rakyat, khususnya PAS, supaya bangkit segera dan membuat keputusan cepat.

"Saya rasa Pakatan perlu bangun dan kembali mengurus Selangor. Rakyat Selangor sudah bosan dengan telatah kebudak-budakan."

Katanya, hakikat yang Dr Wan Azizah sudah mendapatkan sokongan daripada 30 wakil rakyat juga menunjukkan PAS tidak lagi ada sebab untuk menyokong Khalid.

"Mereka (Pakatan) telah mempunyai majoriti sokongan di Dewan Undangan Negeri, jadi apa lagi alasannya? Mereka sudah mempunyai jumlah yang diperlukan. Kita wajar hormati mandat rakyat."

Sebelum ini, Muhammad mengecam Khalid kerana enggan berundur daripada jawatannya walaupun selepas dipecat oleh partinya sendiri, PKR.

Beliau berkata Khalid wajib melepaskan jawatannya sebagai MB walaupun mendapat sokongan PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana