Baca sajak mengenai prinsip...Khalid sindir Anwar ke?

Sajak ini mungkin setepek kena atas muka Datuk Seri Anwar Ibrahim.. yang dikenali suka cakap lain, buat lain.... selepas beliau cuba nak tunjuk baik petang Ahad konon anggap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim macam saudara.
Pagi Isnin, dalam perhimpunan bulanan bersama kakitangan awam Selangor mendedikasikan sajak yang dipercayai sindiran buat Anwar.

Beliau mendeklimasikan sajak 'If' hasil nukilan pemenang hadiah Nobel kesusasteraan Inggeris Rudyard Kipling bagi memberikan gambaran berkenaan dirinya yang sedang dilanda krisis.

Sajak tersebut diterbitkan pada tahun 1909 dan Rudyard Killing sememangnya menjadi rujukan utama sastera Inggeris selain T. S. Eliot.

Antara intipati sajak tersebut menyentuh berkenaan kepimpinan beliau yang sudah lagi tidak mendapat tempat di dalam PKR sehingga memaksanya untuk berundur dari jawatannya itu.

"Saya ingin berkongsi satu sajak Inggeris untuk mengingatkan kita tentang kepimpinan.

"Kawan kamu, lawan kamu akan merosakkan kita, saya ada kawan yang mengatakan dia masih kawan. Tapi dia masih percaya kamu, tetapi tidak banyak," katanya menjelaskan sedikit sebanyak berkenaan maksud sajak tersebut.

Pada Ahad, Anwar tunjuk bermuka-muka mempertahankan Khalid dari aspek keperibadian dan keikhlasan beliau ketika menyampaikan ucapan di Kongres PKR.

Malah, Anwar turut meminta ahli-ahli PKR untuk tidak lagi menyerang peribadi Khalid semata-mata untuk mendesak beliau berundur dari jawatan MB Selangor.

"Tan Sri Khalid itu sahabat saya, kami anggap sebagai keluarga, tidak mudah untuk kita sampaikan. Saya pernah dalam satu ketika pegang tangan Tan Sri Khalid, banyak yang baik pada beliau, jimat, cermat, ketelusan dan sebagainya.

"Saya nak beritahu, bertahun Azizah, saya dari segi peribadi, kebaikan dia, dan sumbangan dia, keikhlasan dia jangan kita nafikan.

"Saya tidak setuju, dan saya bagitahu pada pimpinan jangan serang peribadi dia, selalu sebut tentang kebaikan apa yang dia lakukan," kata Anwar.

Persoalannya kini apakah serangan-seorangan oleh pegawai PKR macam Saifuddin Nasutiuon, Rafizi Ramli akan dilakukan tanpa persetujuan Anwar?

Surat panjang Saifuddin memburukkan Khalid misalnya apakah diluluskan tanpa berbincang dengan parti?

Kini Saifuddin berdepan tindakan saman oleh Khalid dan Anwar cuba 'cuci tangan' kononnya dia baik dan bersifat 'malaikat'.

Sementara itu, Khalid sempat memberikan peringatan kepada semua betapa perlunya mempunyai prinsip di dalam hidup.

"Perjuangan untuk prinsip sangat penting," tegasnya di dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor.

Sajak yang dibacakan Khalid dalam majlis tersebut;

IF by RUDYARD KIPLING

If you can keep your head when all about you  
    Are losing theirs and blaming it on you,  
If you can trust yourself when all men doubt you,
    But make allowance for their doubting too;  
If you can wait and not be tired by waiting,
    Or being lied about, don’t deal in lies,
Or being hated, don’t give way to hating,
    And yet don’t look too good, nor talk too wise:

If you can dream—and not make dreams your master;  
    If you can think—and not make thoughts your aim;  
If you can meet with Triumph and Disaster
    And treat those two impostors just the same;  
If you can bear to hear the truth you’ve spoken
    Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
    And stoop and build ’em up with worn-out tools:

If you can make one heap of all your winnings
    And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
    And never breathe a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
    To serve your turn long after they are gone,  
And so hold on when there is nothing in you
    Except the Will which says to them: ‘Hold on!’

If you can talk with crowds and keep your virtue,  
    Or walk with Kings—nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you,
    If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
    With sixty seconds’ worth of distance run,  
Yours is the Earth and everything that’s in it,  
    And—which is more—you’ll be a Man, my son!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana