Azizah mohon menghadap Sultan kali kedua....Muka Yang Tak Tahu Malu

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghantar satu lagi perutusan kepada Sultan Selangor bagi memohon mempersembahkan sokongan majoriti Adun Selangor yang menyokong pencalonannya sebagai menteri besar.

Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan bertujuan untuk memohon pandangan Sultan Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran menteri besar di negeri ini.

"Saya mengutus satu surat kepada Sultan Selangor hari ini demi memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk diperkenan oleh Baginda.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan Sultan bagi memperkenan Speaker untuk memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk mencapai keputusan bagi pertukaran menteri besar di negeri ini," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyeru Adun Selangor yang masih berdiam diri untuk menyatakan sokongan mereka terhadap pencalonannya sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Pendirian mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangan oleh kesemua 30 Adun. Hanya empat Adun termasuk seorang calon bebas, 12 Adun Umno dan 13 Adun Pas yang masih tidak menyatakan sokongan terhadap pencalonan ini secara terbuka," katanya lagi pada sidang media di Hotel Empire, di sini, hari ini.

Pada 12 Ogos lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan baginda tidak berkenan menerima menghadap Wan Azizah bagi memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan PKR terhadap pemecatan Abdul Khalid dan juga pencalonannya menggantikan Abdul Khalid.

Ditanya mengenai kesudian PKR terhadap Pas sekiranya jawatan menteri besar diisi dengan pemimpin Pas, Wan Azizah berkata, jawapan hanya akan diberikan setelah memperoleh perkenan untuk bertemu dengan Sultan Selangor buat kali kedua.

"Bagi peluang istana jawab dulu, baru saya boleh jawab," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana