Anwar akui Langkah Kajang lemah, Wan Azizah masih sedia jadi MB

Akhirnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Langkah Kajang yang dilaksanakan parti itu mempunyai kelemahan sehingga parti itu berdepan pelbagai isu.

Anwar berkata, terdapat beberapa perkara dalam Langkah Kajang yang gagal mencapai matlamat.

“Kita akui ada kelemahan tetapi kita laksanakannya kerana mahu melonjakkan pentadbiran Selangor.

“Sebagai contoh pada 2009, dalam isu air , kita boleh jaja air percuma dan saya harap jika pentadbiran baharu nanti, kita boleh tawarkan lebih banyak perkara,” katanya di Permatang Pauh.

Langkah Kajang atau Kajang Move sebelum ini dikatakan perancangan  Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Ianya bertujuan bagi membolehkan perubahan jawatan Menteri Besar Selangor yang dijangka pada awalnya digantikan oleh Anwar yang sepatutnya bertanding di PRK Dun Kajang.

Bagaimanapun apabila Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding dan menang, Presiden PKR itu dinamakan sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Sementara itu, Wan Azizah tetap bersedia memikul tugas tersebut kerana PKR sudah pun membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Semua jawatan yang saya pegang adalah satu tanggungjawab.

“Malah tanpa jawatan pun, ia merupakan khidmat kepada rakyat,” katanya pada majlis keagamaan di masjid Permatang Nibong di Pulau Pinang, Rabu.

Mengenai dakwaan sebagai MB bahawa beliau sekadar “boneka” kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: “Beliau berada di penjara ketika saya dilantik sebagai presiden (parti).

“Mereka boleh mengkritik apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kita mempunyai satu pasukan dan kerja sepasukan yang kita tekankan di sini,” katanya.

Majlis Pimpinan Pusat PKR pada minggu lalu mencadangkan Dr Wan Azizah untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Pada Rabu lalu, keputusan parti untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipersetujui secara dasar oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat, DAP dan PAS.

Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu mempertahankan Khalid dengan menyatakan bahawa beliau mahu Menteri Besar Selangor itu dikekalkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana