AJK PAS Cadang Tubuh Kerajaan Campuran BN-PR di Selangor..

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Salah seorang  Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat mencadangkan agar sebuah kerajaan kerajaan campuran ditubuhkan bagi menyelesaikan konflik yang semakin tenat melibatkan Kerajaan Negeri Selangor.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, penubuhan kerajaan bersama Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) itu perlu diwujudkan sebagai semangat Konsensus Nasional yang diusulkan dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jika langkah itu dilaksanakan, BN boleh diberi tanggungjawab bersama dalam pentadbiran negeri, khususnya sebagai kuasa semak dan imbang yang diiktiraf.

"Konsensus ini diperkukuh dengan pembentukan Majlis Pemuafakatan Selangor yang melibatkan parti daripada PR, BN dan ADUN bebas.
alt
"Dalam konteks ini Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dilantik sebagai pengerusi atau penasihat sebagai pengiktirafan kepada usaha Konsensus Nasional yang diusahakannya sebelum ini," katanya menerusi  laman Facebooknya.Beliau yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu menjelaskan, semangat Konsensus Nasional perlu dihidupkan semula demi memastikan perjuangan rakyat menjadi matlamat utama parti-parti politik di negara ini.

Katanya, kemelut politik di Selangor sepatutnya tidak timbul jika pimpinan mengambil sikap mendahulukan kepentingan rakyat seperti penyelesaian krisis air, pembasmian salah guna kuasa, penurunan kos hidup rakyat, penyediaan rumah mampu milik, penambahbaikan infrastruktur, pengurangan kes jenayah dan pencegahan demam denggi.

"Malangnya terdapat segelintir pimpinan politik lebih suka berpolemik dan berpolitik demi mengutamakan kepentingan individu dan parti," katanya.

Dr Mohd Zuhdi perlu mengingatkan pimpinan PR agar menghentikan segera kemelut politik yang telah menyebabkan sebahagian besar rakyat Selangor semakin meluat dengan karenah pimpinan politik. Foto - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana