Abdul Khalid jawab isu perjanjian air, pinjaman peribadi

 SHAH ALAM 25 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menggunakan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor untuk menjelaskan isu perjanjian air dan hutang peribadi dengan bank yang dikatakan antara masalah yang dihadapinya sehingga membawa pemecatan beliau sebagai ahli PKR.

Menurut beliau, tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri berhubung penstrukturan semula industri air bukan suatu bentuk pampasan untuk keuntungan pemegang saham syarikat konsesi air yang terlibat.

Sebaliknya, kata Abdul Khalid, tawaran yang dibuat adalah pampasan untuk model ekuiti yang dilabur oleh konsesi air pada nilai 12 peratus setahun serta selepas ditolak dengan dividen yang telah dibayar sebelumnya.

"Jumlah pengambilalihan adalah RM9.65 bilion. Jika logik akal pihak tertentu menyatakan bahawa saya telah beri pampasan keuntungan, jumlah pengambilalihan akan mencecah RM13 bilion," kata Abdul Khalid dalam ucapannya pada perhimpunan itu.

Menteri Besar berkata, ada pihak yang tidak senang dengan usaha pengambilalihan dan mendakwa memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat tidak menjamin penstrukturan air dapat dijalankan di bawah kawalan kerajaan negeri.

"Di bawah MoU tersebut, KDEB akan mengambil alih kesemua kepentingan syarikat-syarikat konsesi air. Selepas itu Kerajaan Persekutuan akan mengisukan lesen-lesen air yang sewajarnya kepada KDEB," jelas Abdul Khalid.

Sementara itu, Abdul Khalid turut menjelaskan bahawa tohmahan bahawa isu pinjaman peribadi beliau telah mencemarkan corak gerak kerja kerajaan negeri adalah sangat tidak berasas.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa tiada apa-apa yang mencurigakan tentang penyelesaian luar mahkamah yang melibatkan pinjaman peribadi tersebut.

"Semua penyelesaian dibuat secara telus. Tiada apa-apa manfaat yang diberikan kepada sesiapa pun dalam penyelesaian tersebut," terang Abdul Khalid.

Abdul Khalid berkata, beliau telah mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam tohmahan itu bagi membersihkan namanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana