3 ADUN Dijangka Keluar Parti Dan Sertai Khalid Ibrahim Sebagai Ahli Bebas



Berita
Terkini
3 ADUN Dijangka Keluar Parti Dan Sertai Khalid Ibrahim Sebagai Ahli Bebas
By Editorial August 11, 2014 : 11:02 am
Khalid Ibrahim MB
Shah Alam – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim di jangka akan terus menerajui pentadbiran negeri walaupun sebelum ini beliau telah dipecat dari PKR.
Majlis Pimpinan Pusat  PKR pada Sabtu lalu memaklumkan memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti itu yang berkuatkuasa serta merta.
Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong itu, setelah Abdul Khalid didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat  PKR yang sebulat suara memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Namun menurut sumber terdekat parti itu, seramai 3 orang ADUN dijangka akan mengumumkan untuk keluar parti sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid.
PAS Selangor sebelum ini mengambil ketetapan untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar, selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat baru-baru ini.
Kenyataan dan pendirian PAS Selangor itu turut disokong oleh Presiden PAS, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
“Saya menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor” katanya.
Sekiranya semua ADUN Barisan Nasional turut menyokong Khalid sebagai menteri besar, beliau dijangka akan akan dapat meneruskan pentadbiran negeri Selangor sekaligus menjadi Menjadi Besar yang pertama dari Bebas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana