Zulkifli Noordin : Titah Sultan Selangor Jadi Mainan Politik Pembangkang

KUALA LUMPUR 22 Julai - Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan laporan mengenai kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk diperkenan mengadap baginda mengenai isu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai tidak tepat dan menjadi bahan politik pembangkang.

Beliau mengesahkan perkara itu setelah menyemak maklumat dari pihak Istana Kayangan berhubung kenyataan tersebut.

"Tuanku Baginda telah membuat keputusan akan tetapi Sultan tidak membuat sebarang keputusan perkara tersebut.

"Ianya merupakan satu perkara atau isu yang sengaja dimainkan oleh portal-portal berita pihak pembangkang.

"Saya telah menghubungi kawan di Istana Kayangan bagi memastikan perkara ini, mereka mengatakan bahawa Sultan tiada membuat sebarang keputusan berhubung surat yang di hantar oleh Khalid Samad," katanya kepada RakyatNews ketika dihubungi Rakyat News hari ini.

Zulkifli merujuk laporan sebelum ini yang mendakwa Sultan Selangor menolak permohonan Khalid Samad untuk mengadap Baginda bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai penghapusan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sementara itu, beliau menegaskan, tindakan Tuanku Sultan Selangor yang murka terhadap tindakan Khalid Samad adalah tepat kerana beliau seharusnya patuh akan undang-undang Kerajaan Negeri Selangor dan membela tindakan MAIS bagi memelihara Islam dari ancaman pihak tidak bertanggungjawab.

"Pada saya teguran yang dilakukan oleh Tuanku dan kemurkaan tuanku adalah satu perkara yang tepat dan kena pada tempatnya.

"MAIS telah menjalankan bidang kuasa yang diperuntukan dalam undang-undang negeri Selangor.

"Jika Khalid Samad faham fungsi MAIS dan peranan Tuanku dalam isu ini, beliau sepatutnya mempertahankan dan membela keputusan MAIS.

"Akan tetapi sebaliknya beliau meminta kuasa eksklusif MAIS dihapuskan yang menunjukkan sikap jahil dia terhadap undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor serta peranan Tuanku," katanya.

Pada Jun lalu, Khalid Samad bersama tiga Ahli Parlimen PAS mendesak pihak MAIS memulangkan bible versi Melayu yang dirampas penguat kuasa Jabatan Agama Islam kepada Persatuan Bible Malaysia.

Beliau turut meminta Kerajaan Negeri Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sehingga mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan Khalid Samad sebagai biadap.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana