Wanita Hamil Terjatuh Ke Landasan Nyaris Digilis Komuter

SEORANG wanita hamil terselamat daripada digilis komuter selepas dia terjatuh ke landasan dan tergolek ke bawah gerabak.

Mangsa, Yue Yan Mai terjatuh dari platform selepas gagal mengimbangi badan ketika cuba berasak di antara orang ramai semasa komuter tiba di stesen kereta api Metro di China.

Wanita berusia 31 tahun itu bagaimanapun terselamat apabila pemandu komuter bertindak menghentikan tren dengan pantas.

Dia berjaya merangkak keluar dari bawah gerabak dan mendapatkan bantuan orang ramai untuk naik semula ke platform.

Mai tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi turut dihantar ke Hospital Beijing untuk menjalani pemeriksaan terhadap kandunganya.

-mStar

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana