Sharifah Aini Di ICU Akibat Jangkitan Paru-Paru

PETALING JAYA: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta dekat sini akibat jangkitan pada paru-paru.

Menurut rakannya Aishah Ali, Sharifah Aini yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 61 pada Rabu (esok) dibawa ke pusat perubatan berkenaan oleh anaknya Aliff Omar Ali pada pagi Selasa selepas mengalami kesukaran bernafas.

Katanya, pakar perubatan Dr Zainudin Md Zain memaklumkan keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil."Buat masa ini Sharifah Aini tidak dibenarkan menerima lawatan mana-mana tetamu melainkan ahli keluarga terdekatnya sahaja," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Terdahulu pada hujung Mei lalu, Sharifah Aini berkata beliau reda jika dijemput Allah selepas 28 hari dirawat di hospital akibat penyakit paru-parunya.

Dalam luahan yang ditulis menerusi Facebook miliknya itu beliau meminta agar seluruh peminat mendoakan kesejahteraannya selain menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau sudah tiada.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana