Saya mahu kekal jadi MB sampai habis penggal - Abdul Khalid

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas tidak mahu jawatannya diganggu-gugat sesiapa dan mahu kekal sehingga akhir penggal pentadbirannya.

Ujarnya, itu merupakan janji yang sudah dimeterai bersama rakyat Selangor sendiri dan tidak akan lari dari amanah yang sudah dipikul selama ini.

"Saya sudah kata mahu kekal menjadi Menteri Besar sehingga akhir penggal.

"Saya sudah berjanji dengan rakyat Selangor...ini tanggungjawab saya," katanya semasa sidang media di pejabatnya di sini.

Sebelum ini, nasib Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dijangka akan ditentukan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

Desas-desus pertukaran menteri besar Selangor kedengaran sekali lagi sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan terdapat maklumat palsu yang mengaitkan kononnya pihak Istana Selangor memperkenan Abdul Khalid melepaskan jawatan yang disandangnya itu.

Katanya, pelbagai isu mengenai jawatannya yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini dilihat cabaran biasa yang harus ditempuh sebagai seorang pemimpin.

"Sudah biasa dalam hal ini dan biasa dengan tekanan," ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Khalid menyifatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad perlu berfikir 'dua kali' sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mempertikaikan bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sehingga menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tegasnya, setiap cadangan harus diberi mengikut landasan dan peraturan betul agar tidak menimbulkan sebarang kesusahan pada masa hadapan.

"Kita ada sistem monarki, jadi kita mesti ambil kira tentang perkara tersebut.

"Mereka (wakil rakyat) mesti membuat keputusan dan mengambil kira kepentingan...kita perlu mengambil kira banyak aspek sebelum beri cadangan," jelasnya.

Pada Selasa, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.

Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub di bawah undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL