Ramai pencarum Perkeso tidak tahu hak....Sebarkan Untuk PENGETAHUAN SEMUA

SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka.

Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja.

“Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, Perkeso turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.

“Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.

“Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen malah juga beri alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau kalau perlukan dialisis.

"Kita cuba bantu supaya keluarganya tidak terbeban dan dia pun boleh hidup selesa hingga akhir hayatnya,” katanya.

Katanya, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.

“Sekiranya penerimanya meninggal walaupun ketika itu dia berusia 100 tahun, pencen itu boleh diwarisi oleh warisnya. Ramai orang tak tahu tentang perkara ini.

“Ini bentuk kebajikan yang kami pulang balik kepada pencarum.

"Kita mahu menjaga kebajikan pekerja dan orang yang ditanggungnya,” katanya.

Comments

Unknown said…
Assalamualaikum.. Saya saya ingin mengadu bagi pihak suami... sudah 3 kali suami mohon pencen ilat.. semua nya gagal.. sedang kan suami saya sakit dan tk boleh bekerja.. suami saya kemalangn sewaktu sedang bekerja.. sebelah mata kanan suami tak berapa nampak dan ada 2 kesan parut pada kornea mata suami tu yang membuat kan
Unknown said…
Saya sudah 6 tahun berhenti kerja dengan sebuah syarikat tempatan dan sudah berumur 60 tahun 7bulan pada hari ini(12.9.2029)
Saya terjatuh dirumah semasa membuat kerja harian dan mengalami patah pergelangan tangan kiri.
Sekarang madih dirawat di Hospital kerajaan.Boleh kah pihak Perkeso bantu untuk membayar plat implant yang nernilai Rm.2900.00.
Saya adalah penderma darah f
dan telah menderma 54pt. sejak tahun 80 hingga tahun ini.
Sekian.
Terima kasih.
Unity4borneo said…
Saya telah mencarum kpd perkeso semenjak mula berkerja,lebih kurang 40 tahun yg lalu tetapi tidak secara berterusan, terputus putus mengikut tempat kerja,sekarang berkerja dalam swasta semenjak +-10 tahun dalam syarikat sekarang dan terus mencarum sehingga mencapai umur 60 tahun,selepas itu disambung berkerja secara kontrak sampai sekarang...saya di sahkan mengidap sakit jantung..apa kah saya masih dapat apa apa faedah dari perkeso..??

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL