Prinsip Setiakawan Pastikan UMNO Terus Utuh

KUALA LUMPUR 8 Julai - UMNO akan memastikan tiada elemen negatif boleh menembusi tembok kawalan parti dengan niat untuk memecahbelahkan perpaduan yang telah dikecapi selama ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dengan prinsip setiakawan yang diterapkan selama UMNO akan terus teguh mentadbir negara sungguhpun dicabar dari pelbagai pihak terutama dari pembangkang.

"Kita berkumpul hari ini untuk mengikat satu persefahaman bahawa kita tidak perlu taktik membangkang atau taktik pertahanan dalam dunia yang tidak menentu ketika ini.

"... sekurang-kurangnya di Malaysia, dengan berkat kepipimpinan pemimpin UMNO kita masih lagi dalam keadaan yang terkawal dan mampu mempertahankan martabat dan maruah kita," katanya ketika berucap di Hotel Istana, semalam.

Tambah Hishammuddin, UMNO pernah diduga oleh pelbagai ancaman apabila pernah wujud gerakan untuk melaga-lagakan pemimpin parti dengan menimbulkan isu demi memastikan agenda politik sempit sesetengah pihak itu tercapai.

Namun katanya, cubaan itu tidak berhasil ekoran UMNO terus menentang golongan seperti ini demi mengekalkan parti di Malaysia.

"Saya minta suapaya jangan gusar atau risau kerana kita akan teguh bersama Barisan Nasional (BN) dan kita akan berdepan dengan semua yang cuba menidakkan dan memperlekehakan usaha kita," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana