Pengunjung lari panggung wayang berapi

Sandakan: Lebih 100 pengunjung pawagam One Kapital Plaza yang sedang menonton wayang bertempiaran lari apabila panggung wayang itu terbakar dan dipenuhi asap di Jalan Tanah Merah, Bandar Lela, di sini, semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 3.30 petang itu, sebahagian besar pengunjung pawagam itu panik sehingga ada yang memecahkan tingkap untuk menyelamatkan diri kerana bimbang terperangkap didalamnya.
Menurut pengunjung beberapa bunyi letupan turut kedengaran menyebabkan orang ramai bertambah panik.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, ekoran keadaan tidak terkawal itu dua orang pengunjung mengalami cedera ringan kerana bertindak memecahkan cermin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana