PEMBANGKANG "PR" KALAU TAK MENGELIRUKAN RAKYAT TAK BOLEH HIDUP..

CYBERJAYA 11 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan diminta mengambil tindakan terhadap kedai yang memasang iklan mengelirukan berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kedai-kedai perabot tertentu didapati mengelirukan rakyat berhubung GST apabila menyeru orang ramai memenuhi rumah dengan perabot sebelum GST diperkenalkan.

Beliau berkata, iklan tersebut yang dikesan di Kelantan, Johor dan Kuala Lumpur seakan-akan menggambarkan harga perabot akan naik selepas GST diperkenalkan mulai April 2015.

"Hakikatnya perabot dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus berbanding GST sebanyak 6 peratus, jadi pengenalan GST tidak akan menaikkan harga perabot.

"Terdapat unsur penipuan dalam iklan-iklan ini dan saya meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat mengenai isu GST dan ekonomi semasa negara kepada pensyarah dan mahasiswa di Universiti Multimedia, di sini semalam.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan melaksanakan GST pada kadar 6 peratus mulai April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana